I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

Friday, June 17, 2011

sesi terjah menerjah blog

petang yang panas dan sedap makan goreng pisang bersama milo ais neh membuat aku rasa nak blog-walking dan dalam erti kata laen menerjah blog-2 yang best untuk ditatapi mata comel aku neh , hahahaha ~ nak ketok aku ? sila jangan tak ketok, ngeh-2 .. adew 1 blog neh sangat best isi dye sebab buad aku insaf 5 minit , erkk insaf ahhh jugak kan .. dan buad aku lebih berhati-2 untuk membuat entry yang panas dan sensasi , whooaa ..kalau korang nak baca blog dia  KLIK SINI ..
mari-2 lihat antara isi kandungan entry penulis neh yang buad aku tertarik menarek nak baca :

Assalamualaikum.
Buat rakan-rakan taulan.
Mari kita renung-renungkan.
Selama kita berblogging sakan. 
Adakah dosa atau pahala kita kumpulkan?


Dalam surah yassin ayat 65 Allah SWT berfirman "Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada kami tangan mereka dan memberi kesaksian pula kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan."

Jika mulut, tangan dan kaki akan menjadi saksi diakhirat kelak, maka blog pula adalah salah satu bahan bukti kepada tangan serta jari jemari. 

Apa yang kalian tulis? Apa yang kalian gambarkan? Suatu hari nanti pasti akan dihitungkan. Blog memang tak bernyawa dan mempunyai suara tapi blog punya jiwa. Jiwa yang terhasil daripada penulis blog itu sendiri agar dapat diserap ke dalam minda pembaca yang membaca blognya. 

Kita semua sedar apalah gunanya ada blog tapi tidak punya pembaca. Disana ada tanggungjawab yang tergalas di bahu insan yang bergelar Blogger. Ke mana agaknya kalian ingin membawa mereka yakni pembaca? Sama-sama menghirup haruman syurga atau merasai kepanasan lembah neraka? Ke mana hala tujunya sahabat?

Ingatlah rakan-rakan bloggers! Usah berblog jika mahu mengeji dan mengumpat sana sini. Kerana dosa yang akan kalian tanggung kelak berguni-guni. Usah berblog jika kalian ingin menabur fitnah dan bergosip kesana-kemari. Natijahnya, kalian akan miskin pahala suatu hari nanti. Usah berblog jika kalian ingin dipuji dan dikenali. Sudahkah kalian lupa bahawa disitu ada syaitan yang sedang bersembunyi?

Oleh sebab itu, marilah kita bermuhasabah bersama-sama, kalian dan aku juga. Bloggers Muslim perlu mempunyai jiwa hamba supaya dapat menuntun dirinya dan juga pembaca. Kerana kalianlah sang murabbi di alam siber. Alang-alang berblogging, biarlah sampai membuka jalan ke pintu syurga. InsyaAllah sama-samalah kita melakukannya.

Kepada rakan-rakan.
Semoga post ini memberi kesedaran.
Jangan kecik hati atau terkesan.
Aku sekadar menjalankan tugasan.
Kerana hidup di bumi Allah punya dua tujuan.
Sebagai khalifah dan hamba Tuhan.


BERINGAT-INGATLAH SESAMA KITA

soo ape pendapat korang sebagai blogger? aku sentap menyentap jugak baca entry neh dan setuju jugak ape yang diperkatakan .. jadi pada yang buad blog uh sekadar nak mengutuk or menjatuhkan orang uh boleyh insaf-2 kan diri larh kan kan kan , selamat beramal .. ngeh-2 , maaf pada yang terasa ^^ ..


motif gambar ? saje nak menggedix , wahahahhaa ~

No comments:

Post a Comment