I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

Tuesday, May 24, 2011

perempuan tak suke niiii

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi 
kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, 
tak eloklah. 
Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah 
meninggikan suara
 walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun 
dah ada kekasih,mereka sukar untuk setia. Apatah lagi
 kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan 
perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata 
(mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik 
dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. 
Walaupun sedang bersama kekasih, si dia 
tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau 
sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah 
jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. 
Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak
 berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar
 ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah 
tercetusnya pertengkaran kerana hal 
sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting 
pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal 
siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan 
merimaskankaum wanita. Keegoan dan lelaki 
memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya 
lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk 
mereka bertindak tanpa mempedulikan 
perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki 
mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka 
termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah 
mempamerkan ego tetapi 
biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun 
memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup 
memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka 
mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal 
sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka 
sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. 
Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita 
lebih menghormati mereka yang memiliki sifat 
berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka 
berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan 
semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika 
mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik 
dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku 
merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. 
Tapi, mungkin pada pandangan seorang 
wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka 
ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita 
memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih 
perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk 
dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. 
Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan 
pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. 
Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan 
jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… 
Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita 
ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan 
kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua
 urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan 
dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. 
Jika berkaitan teman wanita, 
alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. 
Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta 
diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar 
pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana 
sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin 
bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, 
tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang 
saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya 
lelaki yang kuat cemburu ni takut 
kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. 
Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya
 kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila
 teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman 
lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu 
buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan 
atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak 
kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam 
alasan yang adakalanya 
tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah 
perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar,
 tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… 
apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni 
keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited 
dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak
 alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama,
 selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering 
dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh 
lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah 
membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, 
seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan 
segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni 
tidak memahami 
kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap 
seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. 
Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. 
Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi 
tetapmenyalahkan orang lain. Setakat kena tengking 
boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, 
bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak 
terajang carilah merekayang sepadan dan janganlah 
berlawan dengan kaum yang lemah 
bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan 
yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita 
ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. 
Kalau dah tak terkawal sangat, 
tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. 
Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap 
rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. 
Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa 
juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. 
Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak 
apa juga, ini tidak… membawa 
kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang 
teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga 
dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman 
lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada
 yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang 
kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh 
seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai 
deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah
 berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini 
terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? 
Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini 
saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. 
Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan
 tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh
 juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki 
mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. 
Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak 
bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama 
kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan 
dalam banyak hal.Sekali-sekala bolahlah, jangan pula 
selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama 
teman wanita tiada langsung 
semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan.
 Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah 
pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak 
sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai 
kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda,
 jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. 
Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah 
dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan 
atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura 
tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka 
seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan 
sikap meghargai mereka ini. 
Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya 
mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya 
sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya 
di atas apa yang cuba
 dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. 
Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba 
berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan 
walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. 
Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia 
mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari 
kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai 
pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku 
kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu 
helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan 
keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je 
yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, 
berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu 
menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO.
 Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita 
sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya 
anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut
 anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

P/S : kadang-2 ada lelaki yang selalu ingin
 menyalahkan kaum wanita kerana kesilapan lalu tapi 
ingatlah yang hati wanita neh umpama kaca yang mudah
 retak dan senang untuk menyintai kekasihnya .. 
seego-2 dia pown pasti akan luntur egonya dengan 
orang yang dia sayang , hargailarh pasangan anda yew !

No comments:

Post a Comment